Friday 19 February 2010

-kasih ibu-

Posted by _[d!Eza]_ at 09:07


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibukmenyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yangbertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambutkertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskanoleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"SayaSayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayarmalah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW danbertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layananbaik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali),kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Amin Amin Ya Robbal A'lamin.

0 comments on "-kasih ibu-"

Post a Comment

 

-cerita adiza- Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal